Buku Sirah Nabi Lut

 

Pada zaman sekarang ini, ramai manusia yang mula melawan fitrah (isu homekseksual, lesbian dan LGBT). Kalau 10 tahun lepas, kita cuma akan dengar mengenai isu melawan fitrah ini cuma di negara-negara barat. Tapi akhir-akhir ini, negara kita yang tercinta juga turut terkena tempiasnya.




 

Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Kaum Nabi Lut

Kaum Nabi Lut selain melakukan kesalahan seksual, mereka juga banyak melakukan dosa-dosa lain:

·         Menzalimi sesama sendiri

·         Suka memaki hamun sesama sendiri

·         Suka kentut tanpa rasa malu di dalam majlis

·         Tidak beradab dan berakhlak kerana suka membaling apa-apa yang ada di sekelilingnya

·         Menyukai permainan nard (dadu) dan syitranj (seumpama catur)

·         Suka aktiviti menyabung ayam jantan

·         Lelaki memakai inai pada jari-jari mereka

·         Lelaki menyerupai perempuan dalam berpakaian

·         Perempuan menyerupai lelaki dalam berpakaian

·         Melaksanakan bayaran cukai kepada yang lalu di kawasan mereka

·         Meraka syirik dan kufur kepada Allah

·         Kaum Nabi Lut adalah kaum yang pertama di muka bumi ini yang melakukan hubungan songsang seperti liwat

  

Cerita: Kaedah Pendidikan Terbaik Untuk Anak

Melawan fitrah yang dimaksudkan disini ialah, hubungan sesama jenis. Lelaki menyukai lelaki. Wanita menyukai wanita. Kita sebagai ibu bapa juga pastinya runsing dengan keadaan ini dan apa yang akan berlaku pada anak-anak kita kelak.

   Sebaiknya daripada awal lagi kita perlu memberikan penekanan dan didikan kepada anak-anak agar mereka terhindar daripada perbuatan songsang ini. Antara cara yang terbaik ialah melalui kisah-kisah nabi.

   Teknik bercerita merupakan salah satu bentuk pendidikan yang paling dekat dengan kanak-kanak. Mereka suka untuk mendengar cerita lebih-lebih lagi kalau cerita tersebut mempunyai elemen yang menarik seperti mukjizat para nabi. Ini memudahkan mereka mengingati dan mengambil pengajaran dari kisah tersebut.

   Disebabkan itulah, buku sirah yang bertajuk “SIRAH NABI LUT; Menjaga Fitrah, Satu Ibadah” ini diterbitkan. Buku ini diinspirasikan dari kitab Qasas Al-Quran karangan Dr. Solah Abdul Fattah al-Kholidi. Sesuai dengan kisah kaum Nabi Lut, buku ini membawa tema pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak.

 

Kenapa Anda Perlu Milik Buku Ini?

Okay sebagai ibu bapa, mesti anda terfikir, dekat luar sana banyak je lagi buku-buku mengenai sirah nabi yang dijual di pasaran. Sebut je nak kisah nabi, insyaAllah macam-macam jenis buku yang ada.

    Berbeza dengan buku ini, kisahnya diambil dari sumber al-Quran dan hadis. InsyaAllah buku ini juga bebas dari sumber Israiliyyat yang mengandungi tokok-tambah. Malah di dalam buku ini juga tidak hanya memfokuskan kepada cerita semata-mata.

   Turut diselitkan juga nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh anak-anak. Kalau anda bacakan buku ini kepada anak-anak, insyaAllah mereka akan mendapat dua perkara. Dua perkara tersebut ialah:

·         Sirah Nabi Lut itu sendiri dan pengajaran dari sirah tersebut

·         Pembentukan adab dan akhlak melalui penerapan nilai-nilai murni yang diketengahkan di dalam buku



Isi Kandungan Buku

Di dalam buku ini dimasukkan 8 bab. Berikut ada sedikit info secara ringkas dari setiap bab:

·         Bermula dari Bab 1, ibu bapa boleh mengenalkan siapakan Nabi Lut

·         Pada Bab 2, ibu bapa akan menceritakan kepada anak-anak apakah maksiat yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut

·         Pada Bab 3 pula, kisah mengenai kaum Nabi Lut yang melawan fitrah mereka. Lelaki menyukai lelaki. Perempuan menyukai perempuan.

·         Pada bab 4, kisah di mana kaum Nabi Lut mula memberikan ancaman terhadap baginda.

·         Bab 5, pada kali ini Nabi Lut mula berdoa kepada Allah

·         Pada bab 6, antara kemuncak pada kisah baginda, kedatangan malaikat sebagai tetamu dengan menyerupai lelaki yang tampan.

·         Kesudah kaum Nabi Lut pada bab 7, di mana Allah telah menghantar azab yang pedih kepada kaum baginda pada waktu subuh.

·         Bab 8 ada bab terakhir, apa yang berlaku kepada penduduk Sadum setelah azab yang mereka terima pada waktu Subuh tersebut

 

Penutup

Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini. Selain daripada dapat mendidik anda mengenai fitrah mereka, anda juga dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam buku ini bersama-sama anak anda! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang juga!