162 MASALAH SUFISTIK

162 Masalah Sufistik terjemahan daripada kitab asalnya An-Nafajs Al-'Uluwiyyah fi Al-Masa'alati As-Sufiah karya Al-Allamah Habib Abdullah bin 'alawi Al-Haddad.



Kitab ini menceritakan berkenaan permasalahan yang berkaitan dengan kesufian, kewalian dan karomah.Di antara persoalan dan permasalahannya ialah apakah benar ada pertanyaan di dalam kubur yang ditanya oleh Munkar dan Nakir itu wujud? Kalau wujud maka pertanyaan di dalam kubur itu dalam bahasa apa? Adakah jumlah malaikat yang menyoal itu adalah dua malaikat sahaja?

Kemudian ada lagi yang tanya apakah syurga itu berada di atas langit? Dan neraka berada di dasar bumi yang paling bawah? Apakah langit dan bumi akan berubah pada hari kiamat nanti? Kemudian apa yang mendorong penghuni syurga untuk melihat Allah ? Dan banyak lagi pertanyaan yang lain.